Daftar ePassEmel : Kata Laluan :  LOG MASUK SELAMAT | DAFTAR | BANTUAN

PROFIL Thani

Nama: Ahmad Thani Hasbullah
Umur: 26, Lelaki
Zodiac: Aquarius
Status: Offline

Blog Thani

Rancangan Aksi Murai sudah melalui proses penggambaran episod akhir, pada 6 Feb lalu. Majlis yang berlangsung di studio 9, wisma Ali Bawal itu memang meriah apabila dihadiri ramai artis, penonton dan para wartawan. Sepanjang penggambaran itu juga, penonton tak kering gusi apabila mendengar celoteh daripada Nana ERA, salah seorang peserta Aksi Murai

Sebelum ini, Aksi Murai telah menjalani penggambara episod 12, yang mana artisnya iaitu Datuk Siti Nurhaliza. Terima Kasih kepada Siti dan Ain (peminat) kerana sudi meluangkan masa seharian bersama para krew menyiapkan penggambaran di di butik pakaian pengantin. Bagaimanapun, tidak dapat hadiir pada sesi rakaman peringkat akhir kerana ada urusan lain.

Tulisan ini tidak pula ingin mengulas mana-mana proses penggambaran Aksi Murai tetapi tentang keperibadian yang dimiliki oleh diva, Datuk Siti Nurhaliza. Selama 5 jam bersama Siti, saya mula menemui jawapan pada persoalan yang pernah timbul dalam benak fikiran saya sebelum ini, mengapa Datuk Siti Nurhaliza begitu istimewa dihati rakyat Malaysia dan kenapa dia mampu berjaya sampai ketahap ini dalam karier nyanyiannya?


Insan tersohor itu memang seorang yang bersopan santun. Itulah jawapan saya. Untuk kepastian, saya pernah bertanyakan kepada wartawan senior, adakah sikap Siti yang demikian adalah perubahan setelah dia popular, selepas dia berkahwin atau selepas pulang daripada Mekah. Rata-rata jawapan adalah tidak. Siti yang dikenali itu adalah sama dengan Siti yang dulu. Malah mereka turut memuji Siti kerana sikap lemah lembutnya dan selalu positif. Malah Siti dilihat semakin manis apabila mengenakan tudung sejak kebelakangan ini.

Semoga Datuk Siti Nurhaliza kekal berbahagia disamping suami dan keluarga tercinta.

Sudah hampir tiga bulan murai.com.my dilancarkan. Kami semua di murai semakin hari semakin seronok mencari bahan cerita untuk tatapan anda.

Komitmen kami selama ini hanyalah untuk menyediakan hasil yang terbaik dan berkualiti untuk anda.

Semalam saya seharian tidak berada kat Office, sebab pergi ke lolasi penggambaran Aksi Murai di Kuala Selangor.

sebenarnya, waktu sekarang ini saya sedang menyiapkan berita tentang Erra Fazira. Tentang Filem terbaru lakonan Erra Fazira iaitu Filem Anak. Sekarang ini saya sendiri pun tidak berani nak katakan filem seram ini best, sebab saya sendiri tak lagi menontonnya.

Filem Anak ini akan ditayangkan diseluruh Negara bermula 21 Feb ini. Yang menariknya, Erra buat pertama kali melakonkan watak dalam filem jenis ini..

Harap-harap filem ini tidak menghampakan kita semua. kepada Erra, selamat maju jaya dan syabas kerana berani mecuba.

Assalamualaikum…

Pertama sekali saya nak ucapkan selamat Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam sedunia, terutama sekali yang sedang mengerjakan ibadah haji di tanah suci, Mekah. Saya doakan anda semua selamat kembali ke tanah air. Amin.. Tidak lupa juga, saya ucapkan selamat menyambut Hari Krismas kepada yang beragama Kristian. Moga-moga kedua-dua perayaan tahun ini bermakna kepada agama masing-masing. Secara umumnya, saya berdoa agar kita semua hidup aman, makmur dan harmoni sepanjang masa, di dalam negara yang mempunyai masyarakat berbilang agama dan bangsa ini. Sekarang, saya sedang bercuti di kampung halaman saya, Kelantan. 26 Dis ini, saya aka masuk bekerja seperti biasa. Hati ini terasa seronok kerana sempat menjadi ahli gotong royong membantu orang kampung menyembelih lembu, untuk menunaikan ibadah korban. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana masih sempat untuk update blog ini.

Akhir sekali saya ucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua. Bercakap pasal tahun baru, saya ada cerita. Mengapa kita semua sering sibuk berazam untuk tahun baru? Dan mengapa azam itu tidak menjadi-jadi. Ha.. Ia adalah kerana azam tahun baru kita sering berubah-ubah dari tahun ke tahun.hahaha. Susah kan!. Ia memerlukan latihan mental yang teruk, dan beristiqamah, baru boleh jadi. Saya percaya, latihan dalaman ini sangat penting untuk seseorang mencapai cita-citanya. Saya sendiri pun ada azam juga. Saya sering berjanji dengan kawan-kawan pasal azam itu, tetapi tidak berjaya akhirnya. Pada tahun baru yang akan menjelang ini (buat kali ke berapa saya pun tak ingat). Saya berazam akan itnehreb _ _ _ _k _ _ bermula 2008. hahaha… Kalau anda semua boleh teka, sila hantarkan masej anda ke email saya, atau masukkan di dalam rungan komen. Tapi, saya tidak menjanjikan hadiah yer. Selamat berjaya.. hahaha..

Ia kisah yang berlaku pada tahun 2004, masa tu saya baru berangkat balik, selepas minum bersama kawan-kawan di kedai mamak. Kalau tak silap saya, pada masa tu pukul 12 malam.

Perjalanan pulang ketika melalui jalan yang agak gelap(ini bukan cerita hantu), tidak terasa sunyi apabila mendengar celoteh kawan saya, Hairi dan Adnan. Mereka berdua memang terkenal dengan perwatakan lucu dan banyak cakap. Saya banyak mendiamkan diri, disebabkan saya memberi perhatian pada pemanduan. Kadang-kadang saya bertekak juga apabila, nas-nas, dalil-dalil, hujah-hujah daripada mereka tidak masuk akal dan tidak bersempendapat dengan pemikiran saya. Sebenarnya, kami kawan-kawan banyak membincangkan isu-isu negara, agama, bangsa, sosial, pendidikan dan sebagainya. Pendek kata semua perkara boleh dijadikan topik. Anda jangan fikir kami berborak kosong. Ia penuh dengan fakta dari sumber yang betul, jarang-jarang sekali berlaku kesilapan pemahaman atau mentafsir fakta. Mungkin juga dengan perbualan ini, membuatkan saya lebih berpengalaman serta peka dengan sekeling, selaian pembacaan.

Berbalik pada cerita asal tadi. Ketika melalui satu simpang tadi, saya terlihat sebuah kereta kancil, yang satu tayarnya masuk di dalam longkang, tetapi tidak kelihatan pula orangnya.

Kami bertiga menghampiri kereta tadi, dengan niat ingin membantu menarik keluar. Ketika saya keluar daripada kereta, terlihat dua orang berada didalam kereta. Terlintas dihati, kereta mereka baru sahaja terjatuh, orangnya tak sembat keluar lagi.

Lepas tu, saya terdengar suara daripada tingkap kereta tadi, ?? Bang, tolong tarik kereta saya!,??kata suara pemandunya. Terdengar suara tadi, saya mengesahkan itu suara lelaki. Tetapi, apabila saya tengok dengan lebih dekat, dia adalah perempuan cantik. Huh, pon!!. Terkejut saya dibuatnya.

Suara kawan disebelahnya pula berkata, ??Saya tak boleh keluar, pintu tersekat!!,?? saya mengesahkan itu suara perempuan. Tetapi saya menghampiri tingkap kereta mereka, saya dapati dia adalah lelaki. Lantas saya terfikir, pengkid!!.

Yang pemandu tadi adalah lelaki (bertopengkan perempuan) berkawan dengan perempuan (bertopeng lelaki). Pendekkan kata, perempuan jadi boyfriend, yang lelaki jadi girlfriend.

Saya malas untuk mengukuhkan yang mereka sedang bercinta walaupun hati saya cukup pasti dengan perkara itu. Yang pasti saya teringat pada ceramah agama yang pernah saya hadir dulu (tak ingat bila). Dalam pengisian ceremah itu memperkatakan ??Rasullullah pernah menegaskan bahawa, pada zaman akan datang (zaman sekarang) berlaku kecelaruan jantina pada manusia, lelaki menyerupai perempuan, perempuan menyerupai lelaki.

Selepas kami bertiga menarik kereta mereka, mereka pun mengucapkan terima kasih dengan suara yang dibuat-buat. Songsang bunyinya!..

Kami pun terus beredar. Kejadian yang berlaku ini menjadikan topik utama perbincangan kami seterusnya, ketika perjalanan pulang kerumah. Mungkin penceritaan saya ini tidak menunjukkan perkara sebenar apa yang berlaku, kerana tidak menggunakan perkataan yang tepat.

Walaupun kisah ini sudah tiga tahun berlalu, tetapi ia masih ingat dalam kotak fikiran saya.

Berlangsung sudah... Sebenarnya teks ni saya nak upload semalam, tetapi tak dapat. Nak buat macam mana.. Ok lah, pada 21 hrbln Nov yang lepas, selesai sudah pelancaran MURAI.com.my... Saya sampai rumah pada malam tu pukul 1.30, memang penat betul. Rakan-rakan ofis pun mengadu tak larat nak kerja esoknya, sebab tak cukup tido. Tetapi yang pasti, majlis malam tu memang meletup seperti yang di jangkakan. Ramai artis yang datang, kalau saya nak sebut kat sini, tak terlarat. Anataranya, Misha Omar, Ning Baizura, Yassin, Erra Fazira, Fasha Sandha, Que Haidar, Raja Azura, Nora Danish, Awal Ashaari, Farawahida, Raja Farah, Eja, Dayang Nurfaizah, Syazliana, Sharifah Amani, Farhan, Intan Ladyana, Linda Onn, Noryn Aziz, Maya Karin, Ramli MS, Fahrin Ahmad. Pengacara majlis malam tadi, Zainal Alam Kadir dan Nana Era.fm pun menunaikan tugas mereka dengan baik sekali. Overall, well done.
Ini semua adalah koleksi gambar yang pernah saya shoot sebelum ini.. kebanyakanya semasa saya belajar.. sengaja saya paparkan untuk dikongsi bersama anda.. Jika ada apa-apa komen tentang koleksi ini, dipersilakan.. jangan segan dan silu. hahaha.. selipar ini begitu menarik bagi saya, ia mempunyai emosi, cerita serta komposisinya.. selain pencahayaan, tiga perkara tadi diambil kira sebelum saya shoot.. Itu lah cara saya.. ermm.. kalau anda mempunya pandangan berbeza sila kemukakan, supaya dapat dikongsi bersama.. Moga-moga, blog ini berjaya mencapai objektifnya.