PROFIL Thani
Songsang
Ia kisah yang berlaku pada tahun 2004, masa tu saya baru berangkat balik, selepas minum bersama kawan-kawan di kedai mamak. Kalau tak silap saya, pada masa tu pukul 12 malam.
Perjalanan pulang ketika melalui jalan yang agak gelap(ini bukan cerita hantu), tidak terasa sunyi apabila mendengar celoteh kawan saya, Hairi dan Adnan. Mereka berdua memang terkenal dengan perwatakan lucu dan banyak cakap. Saya banyak mendiamkan diri, disebabkan saya memberi perhatian pada pemanduan. Kadang-kadang saya bertekak juga apabila, nas-nas, dalil-dalil, hujah-hujah daripada mereka tidak masuk akal dan tidak bersempendapat dengan pemikiran saya. Sebenarnya, kami kawan-kawan banyak membincangkan isu-isu negara, agama, bangsa, sosial, pendidikan dan sebagainya. Pendek kata semua perkara boleh dijadikan topik. Anda jangan fikir kami berborak kosong. Ia penuh dengan fakta dari sumber yang betul, jarang-jarang sekali berlaku kesilapan pemahaman atau mentafsir fakta. Mungkin juga dengan perbualan ini, membuatkan saya lebih berpengalaman serta peka dengan sekeling, selaian pembacaan.
Berbalik pada cerita asal tadi. Ketika melalui satu simpang tadi, saya terlihat sebuah kereta kancil, yang satu tayarnya masuk di dalam longkang, tetapi tidak kelihatan pula orangnya.
Kami bertiga menghampiri kereta tadi, dengan niat ingin membantu menarik keluar. Ketika saya keluar daripada kereta, terlihat dua orang berada didalam kereta. Terlintas dihati, kereta mereka baru sahaja terjatuh, orangnya tak sembat keluar lagi.
Lepas tu, saya terdengar suara daripada tingkap kereta tadi, ?? Bang, tolong tarik kereta saya!,??kata suara pemandunya. Terdengar suara tadi, saya mengesahkan itu suara lelaki. Tetapi, apabila saya tengok dengan lebih dekat, dia adalah perempuan cantik. Huh, pon!!. Terkejut saya dibuatnya.
Suara kawan disebelahnya pula berkata, ??Saya tak boleh keluar, pintu tersekat!!,?? saya mengesahkan itu suara perempuan. Tetapi saya menghampiri tingkap kereta mereka, saya dapati dia adalah lelaki. Lantas saya terfikir, pengkid!!.
Yang pemandu tadi adalah lelaki (bertopengkan perempuan) berkawan dengan perempuan (bertopeng lelaki). Pendekkan kata, perempuan jadi boyfriend, yang lelaki jadi girlfriend.
Saya malas untuk mengukuhkan yang mereka sedang bercinta walaupun hati saya cukup pasti dengan perkara itu. Yang pasti saya teringat pada ceramah agama yang pernah saya hadir dulu (tak ingat bila). Dalam pengisian ceremah itu memperkatakan ??Rasullullah pernah menegaskan bahawa, pada zaman akan datang (zaman sekarang) berlaku kecelaruan jantina pada manusia, lelaki menyerupai perempuan, perempuan menyerupai lelaki.
Selepas kami bertiga menarik kereta mereka, mereka pun mengucapkan terima kasih dengan suara yang dibuat-buat. Songsang bunyinya!..
Kami pun terus beredar. Kejadian yang berlaku ini menjadikan topik utama perbincangan kami seterusnya, ketika perjalanan pulang kerumah. Mungkin penceritaan saya ini tidak menunjukkan perkara sebenar apa yang berlaku, kerana tidak menggunakan perkataan yang tepat.
Walaupun kisah ini sudah tiga tahun berlalu, tetapi ia masih ingat dalam kotak fikiran saya.


